malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Latheefa Koya letak jawatan ahli majlis
Diterbitkan:  Jul 16, 2012 11:52 AM
Dikemaskini: 10:14 AM
ADS

Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa serta merta ketika beliau dikatakan akan disingkir daripada jawatan itu.

NONE "Saya faham bahawa kamu dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ.

"Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan," katanya.

Latheefa tidak menyentuh secara langsung sebab peletakannya tetapi menyebut sepintas lalu berhubung isu perumahan rakyat miskin.

Perkara itu, tambahnya, pernah dihantarnya melalui e-mel kepada kepimpinan tertinggi PKR baru-baru ini.

Free Malaysia Today sebelum ini dengan memetik sumber melaporkan, Khalid sendiri mengusulkan cadangan untuk membuangnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!