malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Majlis Peguam: M'sia perlu segera terima Statut Rom
Diterbitkan:  Dec 13, 2011 7:11 PM
Dikemaskini: 12:04 PM
ADS

Majlis Peguam meminta kerajaan menerima Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang diwujudkan menerusi Statut Rome tanpa melengah-lengahkannya selaras dengan penyertaan Malaysia dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu, kata Presidennya Lim Chee Wee.

NONE Lim berkata bagi mengenal pasti dengan segera matlamat bagi menamatkan jenayah terhadap kemanusiaan, genosid dan perang, adalah penting bagi Malaysia menerima Statut Rom secepat mungkin.

"Oleh itu, usaha perlu dilakukan secara progresif bagi menjadikan penggubalan undang-undang domestik selari dengan keperluan Statut Rom dan sebagai pengenalan bagi melaksanakan penggubalan undang-undang, " katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan menawarkan kepakaran yang relevan dalam pelaksanaan dan membuat draf bagi mengubah perundangan domestik yang sesuai.

Pada Mac 2011, Malaysia mengumumkan hasratnya menerima Statut Rom.

- Bernama