malaysiakini logo
story-image
mk-logo
News
Kabinet purba, ulas Kit Siang
Published:  Apr 6, 2001 3:06 AM
Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan sembilan menteri baru, merombak beberapa kementerian dan menurunkan tiga menteri ketika mengumumkan barisan kabinet yang baru jam 4 petang hari ini. Inilah kali pertama di sepanjang pentadbirannya selama 18 tahun, Dr Mahathir lambat mengumumkan barisan kabinet baru.

Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 dan juga bekas menteri kewangan, yang dijangkakan mengambil alih jawatan tersebut dari Tun Daim Zainuddin tidak dimasukkan dalam barisan ini. Namun, timbalannya dalam Semangat 46, Datuk Rais Yatim, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bekas ketua pembangkang Lim Kit Siang menyifatkan barisan kabinet ini "paling mengecewakan" kerana masih mengekalkan muka-muka lama dalam satu kenyataannya kepada malaysiakini .

"Mereka tidak menampakkan imej sebagai pemimpin alaf baru yang terbuka tetapi masih mengekalkan imej purba ( jurassic )."

Kit Siang juga mempertikaikan beberapa pemimpin Umno yang masih dikekalkan walaupun sudah dikalahkan dalam pilihan raya umum yang lalu dan berasa hairan bagaimana seorang yang tidak dikenali ramai, Datuk Musa Mohamad, dilantik bagi menggantikan Datuk Najib Tun Razak di Kementerian Pendidikan.

[#1]Lihat siapa naik dan siapa turun[/#]


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.