malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SYABAS kerah pekerja, kontraktor berdemo?
Diterbitkan:  Dec 3, 2010 12:37 PM
Dikemaskini: 9:00 AM
ADS

Tersebar khabar angin, khususnya di internet bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini mengarahkan kakitangannya mengadakan demonstrasi mengkritik kerajaan negeri.

hindraf london event 091208 tricia yeoh Malah, seorang pegawai di Pejabat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri terlibat menyebarkan dakwaan itu di laman Twitter miliknya.

"Apa jenis majikan yang memaksa syarikatnya menyertai demo?

"Adakah ini masa tidak produktif (dalam perniagaan)," tulis pegawai penyelidik di pejabat itu Tricia Yeoh ( kanan ).

Setakat ini, belum pasti sama ada kakitangan SYABAS akan bergabung dengan anggota NGO antikerajaan negeri Gagasan Anti Penyelewengan Selagor (Gaps) yang turut merancang perhimpunan mereka di Masjid Shah Alam selepas solat Jumaat hari ini.

Setakat ini, sumber-sumber daripada pejabat Khalid memaklumkan mereka hanya mempunyai maklumat bahawa kakitangan Syabas akan berkumpul di masjid yang sama.

syabas logo Difahamkan juga, kakitangan sebuah syarikat kontraktor SYABAS turut mendapat arahan yang sama.

Jika benar, tindakan SYABAS itu dilihat bertujuan memberikan tekanan kepada kerajaan negeri yang dijadual mengadakan demonstrasi besar di Kuala Lumpur Ahad ini bagi menentang kenaikan harga air sebanyak 37 peratus.

Seksyen perhubungan media SYABAS ketika dihubungi Malaysiakini buat masa ini enggan mengulas dakwaan itu sebaliknya berjanji akan merujuknya kepada pegawai yang lebih tinggi terlebih dahulu.

Sementara itu, presiden Gaps Hamidzun Khairuddin dalam sidang media selepas perhimpunan itu memberitahu pemberita, mungkin terdapat penglibatan kakitangan SYABAS bersama kumpulannya.

Bagaimanapun, menurut Hamidzun, penyertaan mereka hanya "sebagai rakyat" dan bukannya sebagai kakitangan syarikat itu.