malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Aznil Nawawi dilantik ikon antidenggi
Diterbitkan:  Jun 18, 2010 3:50 PM
Dikemaskini: 7:52 AM
ADS

Selebriti terkenal, Aznil Nawawi hari ini dilantik sebagai ikon antidenggi dalam kempen terbaru Kementerian Kesihatan “Jom Ganyang Aedes” bagi menangani wabak denggi.

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905 Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, Aznil dipilih untuk memikul tanggungjawab itu kerana beliau merupakan seorang pengacara televisyen dan radio berpendidikan dan popular, serta disenangi oleh pelbagai golongan masyarakat tanpa mengenal usia dan keturunan.

"Penglibatan beliau dalam kempen ini yang merupakan tanggungjawab sosial kepada negara diharap mampu menarik minat komuniti setempat khususnya golongan remaja untuk turut sama membanteras denggi,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak, di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, kementerian juga mengadakan projek khas “Jom Ganyang Aedes” khusus untuk membasmi demam denggi secara serius, konsisten dan bersungguh-sungguh.

- Bernama