Advertise

BA yakin Barisan Rakyat dapat sokongan semua parti pembangkang: Ruslan


(Updated )

Barisan Alternatif (BA) yakin bahawa usaha mewujudkan satu barisan pembangkang untuk bertanding di bawah satu logo, akan menjadi kenyataan sebelum pilihanraya umum ini berikutan maklumbalas positif daripada pemimpin DAP di peringkat akar umbi terhadap cadangan itu.

Ketua Penerangan Keadilan, Ruslan Kassim, berkata ia merupakan satu pendirian yang sepatutnya diambil di kalangan parti pembangkang kerana mereka menghadap "lawan bersama" dalam pilihanraya umum nanti.

"Memang tidak mudah untuk berjaya kalau DAP menghadapi pilihanraya umum kali ini secara persendirian. Oleh itu, lebih kita kita bekerjasama, walaupun DAP tidak lagi dalam BA, menghadapi lawan bersama kita," katanya kepada malaysiakini hari ini.

Ruslan menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Nibong Tebal, Goh Kheng Huat bahawa beliau akan meminta pemimpin DAP supaya menimbang menyertai barisan pembangkang itu yang akan dikenali sebagai Barisan Rakyat.

Goh berkata, satu-satunya cara bagi pembangkang untuk menyatukan kekuatan ialah bersatu dan DAP perlu bersikap realistik dengan menyertai Barisan Rakyat.

Mengulas lanjut, Ruslan berkata pengalaman daripada pilihanraya kecil Ketari di Bentung pada 31 Mac lalu, mencerminkan bahawa DAP tidak ada pilihan selain menyertai pakatan berkenaan.

Sokongan akar umbi DAP

Dalam pilihanraya kecil itu, calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yum Ah Ha menewaskan calon DAP, Choong Siew Onn dengan majority of 2,204 undi, berbanding 231 majoriti dalam pilihanraya umum 1999. Yum memperolehi 7,153 undi manaka Chong mendapat 4,949 undi.

"Yang tidak bersetuju hanya segelintir sahaja. Tetapi maklumbalas yang kita perolehi pemimpin DAP di peringkat akar umbi terutama di Pahang dan Negeri Sembilan bersetuju supaya parti itu menyertai pakatan berkenaan," katanya.

Ruslan juga menyifatkannya sebagai satu isyarat bahawa harapan adalah cerah untuk memastikan cadangan menubuhkan Barisan Rakyat akan menjadi kenyataan.

Comment disabled for this story.
OR

Welcome back,

Your subscription expires on
  

Your subscription will expire soon, kindly renew before
  

Your subscription is expired
  Click here to renew

You are not subscribed to any subscription package
  Click here to subscribe now

Any questions?
  Email: [email protected]
  Call: +603-777-00000

Renew