Forum Hasanah 2021 membentuk visi bagi Malaysia yang adil dan saksama
Yayasan Hasanah (Hasanah), sebuah yayasan berasaskan impak yang dikendalikan Khazanah Nasional Berhad, akan julung kali menganjurkan Forum Hasanah 2021 pada 17 hingga 18 November 2021. Forum Hasanah 2021 akan bertemakan ‘Daripada Kebajikan kepada Keadilan - Visi untuk Malaysia yang lebih Adil dan Saksama’ dengan matlamat untuk memacu perubahan sosioekonomi yang konstruktif menerusi kepimpinan fikiran, pemikiran kritis, perbincangan dan kerjasama.