Petua Puasa Sihat: Jangan abaikan Sahur dan Protein
Sahur merupakan santapan yang pertama sebelum kita berpuasa di siang hari. Fungsinya sama seperti sarapan pagi. Memilih makanan dan khasiat yang betul semasa sahur boleh membantu kita mengurangkan masalah rasa cepat lapar atau rasa terlalu lapar sepanjang kita berpuasa. Oleh itu, amatlah penting kita mengutamakan amalan bersahur dan makan makanan yang betul.