malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
SURAT | 3 mesej dari penyertaan Nurul Izzah dalam demo peguam
ADS

‎Seorang remaja perempuan, rumah keluarganya digempur polis bertopeng, kemudian ayahnya dipukul separuh mati dalam tahanan, dijatuhi pula hukuman pemenjaraan. 

Dia hidup tanpa ayah di sisi sepuluh, tidak seperti keluarga biasa yang lain. 

‎‎Di penghujung sistem keadilan, ayahnya diberi pengampunan penuh dan dibebaskan dengan ayat yang menggegarkan institusi kehakiman negara iaitu pelanggaran prinsip keadilan.

‎‎Remaja itu tidak keseorangan dalam perjuangan kebebasan kehakiman. Bersama keluarganya dan rakyat Malaysia yang lain, ribuan bangkit berarak menuntut kebebasan. 

‎‎Bila Nurul Izzah Anwar semalam turut berarak menuntut kebebasan kehakiman, ia membawa tiga mesej penting kepada rakyat Malaysia, iaitu:

‎‎Pertama, di mana ada kezaliman, di situ ada perjuangan keadilan.

‎‎Kedua, lihatlah apa yang dikatakan, bukan siapa yang berkata. Sebarang mesej perarakan dalam bentuk slogan, ucapan dan tulisan adalah lebih penting daripada penganjur dan individu yang terlibat. 

Fahami mesej yang ingin disampaikan, barulah kenali siapa yang membawa mesej. 

‎‎Ketiga, Kata-kata itu benar, tapi berniat jahat. Sering mesej yang baik ditunggang oleh segelintir mereka yang berniat jahat. Pencuri memberi salam, untuk pastikan rumah tak berpenghuni. 

Perasuah melaungkan antirasuah bagi menutup rasuah berbilion mereka. 

Bukan semua yang melaung kebebasan kehakiman itu berniat baik. Segelintir daripada mereka sebenarnya berniat jahat untuk menaikkan hakim dan pemerintah yang zalim.


AINA SAYUTY merupakan aktivis masyarakat di Kelantan yang memberi tumpuan kepada perjuangan keadilan, pilihan raya, wanita, hak asasi dan isu kemiskinan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen