Anak Tommy Thomas, Hannah, diberitakan mungkin cedera sebelah mata akibat 'pergelutan' dengan anggota polis, semasa demonstrasi pro-Palestin di Sydney, Australia.
Anak kelahiran Malaysia dan bekas calon pencabar parti perdana menteri Australia itu adalah penyokong tegar Palestin.
Difahamkan bahawa sebelah mata beliau mengalami kecederaan yang mungkin boleh menyebabkan buta, menurut peguamnya.
Di sini, anak anak muda pejuang Melayu-Islam berdemonstrasi menentang isu-isu yang ada ketikanya belum jelas, bertukar-tukar slogan dan menentang perkara perkara yang pernah disepakati bersama.
Hannah, walaupun seorang wanita, beliau jauh lebih berani dan dilihat lebih jantan pejuang 'touch n go' dan cheap thrillers dari kalangan anak-anak tok guru, anak-anak imam dan anak-anak pihak yang mendakwa pejuang agama dan bangsa kelas pertama.
Janganlah ada yang hanya baju carik sikit akibat dari pergelutan pun dah riuh rendah hiruk pikuk satu benua.
Malulah sikit dengan wanita seperti Hannah ini.
Nota kaki: Dulu saya amat kagum dan hormat dengan 'demonstrator profesional' seperti Hishamuddin Rais, tetapi setelah dia 'bersekongkol' dan menjadikan perdana menteri keempat dan ketujuh sebagai pakar rujuk ilmu demokrasinya, saya terpaksa padam namanya dari senarai orang yang boleh disamakan dengan aktivis seperti Hannah.
Semoga Hannah terus diberikan kekuatan dan kegigihan untuk terus bersama perjuangan rakyat Palestin.
RAMLI MOHD YUNUS adalah pembaca Malaysiakini dari Alor Setar, Kedah.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

