malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
SURAT | PAS wajar kembali ke sekolah belajar prinsip kenegaraan
ADS

SURAT | Pemuda Amanah memandang serius perkembangan mutakhir dalam ucapan dan tindakan pimpinan tertinggi PAS yang kian menjauh prinsip inklusif Islam for All yang pernah diperjuangkan oleh Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beberapa kenyataan terbuka yang bersifat rasis dan sempit telah dikeluarkan secara berulang oleh pimpinan PAS.

Kenyataan-kenyataan seperti itu bukan sahaja mencemarkan imej Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam, malah menanam benih kebencian antara kaum dalam negara majmuk seperti Malaysia.

Ada hadnya jika PAS mahu berhaluan kanan. Sesuaikanlah dengan konteks kenegaraan di Malaysia yang meraikan kepelbagaian.

Kami juga menyarankan PAS supaya kembali ke sekolah dan belajar semula prinsip kenegaraan yang sebenar.

Islam mengajar kita untuk memuliakan prinsip keadilan, menghormati kepelbagaian, dan mengangkat nilai-nilai ihsan dalam pemerintahan.

Malangnya, pendekatan PAS yang sempit dan eksklusif hari ini jauh menyimpang daripada semangat ini.

Pemuda Amanah menyeru agar PAS menghentikan segera politik menghasut dan mengapi-apikan sentimen perkauman.

Cukup-cukuplah. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk bersikap membenci, menindas, apatah lagi merasa eksklusif terhadap bangsa lain.

Marilah kita kembali kepada semangat Islam sebenar yang rahmah, progresif, dan menyatukan. Janganlah prinsip yang pernah dibawa dengan penuh hikmah oleh Almarhum Nik Aziz itu terus dikuburkan oleh pewaris perjuangannya sendiri.


HAFIZ ROSLAN ialah Pengarah Biro Hal Ehwal Syariah Pemuda Amanah Nasional.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen