malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
SURAT | Mengapa Zaid begitu minat pada PAS sekarang?
ADS

Bekas menteri Zaid Ibrahim terkenal sebagai pakar lompat parti.

Tetapi kita semua masih terkejut dengan cintanya yang baru kepada PAS.

Sekarang Zaid berkata PAS berpotensi membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, dengan syarat ia menggabungkan prinsip moral yang jelas dengan tadbir urus yang baik serta inklusif.

Mungkin beliau tidak perasan bahawa Kelantan merupakan negeri termiskin dan teruk ditadbir negara?

Lelaki yang pernah berada dalam Umno, PKR, DAP dan Kita ini jelas gatal untuk menyertai bekas musuhnya PAS. 

Malah dia juga cuba mengheret Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad bersama!

Orang ramai tertunggu-tunggu dengan geli hati untuk mendengar cadangan yang akan dikemukakannya seterusnya.

MIRZA MOHD ialah pekerja sosial dari Segambut, Kuala Lumpur.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen