malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
SURAT | Mahasiswa wajar ceburi dunia politik perjuangan
ADS

SURAT | Dalam sejarah gerakan mahasiswa negara, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) adalah antara persatuan mahasiswanya yang terpenting.

PBMUM punya bidang kebitaraannya, iaitu bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

PBMUM memberikan pengertian lebih luas terhadap kebudayaan, iaitu merangkumi seluruh spektrum kehidupan – sosial sosial, ekonomi dan politik.

Justeru, program-program PBMUM bersifat bersama dan untuk masyarakat, serta menuntut agar nilai-nilai seperti kebenaran, keadilan dan kemakmuran ditegakkan.

PBMUM menggunakan pelbagai pendekatan dan orientasi dalam melaksanakan program-programnya. Ia melahirkan ramai pemimpin, termasuk dalam politik.

Seterusnya, saya berharap PBMUM meneruskan perjuangan menegakkan universiti yang punya roh agar ia menjadi gedung ilmu yang menjulang kebebasan dan kecemerlangan akademik.

PBMUM perlu memperkasa dirinya untuk menjadi pencetus idea di dalam dan di luar kampus, menjadi intelektual awam dan pemimpin masyarakat bagi menghadapi masa depan.

Merujuk saranan Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, bahawa Malaysia memerlukan konsensus nasional baru, saya berpendapat ini termasuk amalan politik baru, iaitu politik perjuangan yang punya tiga rukun: idealisme (berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan nilai-nilai tinggi dan murni), aktivisme (kesediaan secara sukarela dan berkorban untuk merealisasikan idealismenya) dan intelektualisme (menghayati budaya ilmu dalam idealisme dan aktivisme).

Politik perjuangan punya ciri-ciri bersih dan segar, iaitu politik ilmu, bukannya politik ampu; politik hikmah dan bukannya politik fitnah; serta politik bakti bukannya politik undi.

Justeru, saya menyeru mahasiswa menceburi politik untuk menyertai politik perjuangan. PBMUM khasnya, dan kampus amnya, mampu menjadi sekolah politik yang ampuh.


SAIFUDDIN ABDULLAH ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota dan mantan Presiden PBMUM.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen