malaysiakini logo
ADS
story-image
ADS

SURAT | Gunung-ganang dibalak, digondolkan, dilombong, ditarah dan diteres.

Air hujan yang dulu ditadah dan dilapis oleh tumbuh-tumbuhan dan diserap bumi kini mengalir laju sebagai kepala air dan banjir lumpur.

Tanpa hutan rimba dan tumbuh-tumbuhan untuk memperlahankan pengaliran, limpahan air permukaan (runoff) menyebabkan sungai sebak.

Sungai-sungai yang dulu dalam menjadi tohor (cetek) ditimbus pasir, lumpur dan sisa tebangan.

Dulu, paras sungai di bawah kampung, kebun, bendang dan dusun.

ADS

Sekarang oleh kerana timbunan pasir dan lumpur, paras sungai sama dengan kampung, kebun, bendang dan dusun.

Sungai tidak digali untuk didalamkan. Sebaliknya permatang (bund) dibina. Tetapi pasir dan lumpur terus bertimbun.

Apabila hujan lebat, sungai-sungai yang cetek itu melimpah tebing, menenggelamkan pekan, kampung, kebun, bendang dan dusun.

ADS

Apatah lagi kebanyakan manusia moden tidak lagi membina rumah bertiang tinggi.

Allah telah beri peringatan: "Telah jelas kerosakan di darat dan di laut disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; Allah menghendaki (berlakunya itu) agar mereka merasakan sebahagian daripads (akibat) perbuatan mereka supaya mereka kembali (ke jalan yang benar)." - Surah al-Rum (41).

Sekian. Terima kasih.


A KADIR JASIN ialah bekas ketua pengarang kumpulan NSTP (M) Bhd dan pernah menjadi penasihat media kepada perdana menteri.

Tulisan ini asalnya disiarkan di media sosial. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen