malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Syarikat elektronik: Kesatuan langgar perjanjian bersama
ADS

Pihak Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat telah melanggar persetujuan bersama semasa rundingan di Ibu Pejabat Perhubungan Perusahaan Shah Alam yang diadakan pada 16 Disember 2019 bahawa kedua-dua pihak tidak membuat sebarang provokasi dalam tempoh rujukan pertikaian industri yang melibatkan perjanjian bersama (CA) ke Mahkamah Industri. 

Sebanyak lima kali rundingan telah dibuat oleh pihak syarikat dengan pihak kesatuan iaitu pada tarikh 23 Julai 2019, 28 Ogos 2019, 17 Sept 2019, 26 Sept 2019 dan 10 Okt 2019. 

Sebanyak 38 Artikel telah berjaya diselesaikan manakala 20 Artikel gagal mendapat persetujuan bersama. 

Pihak kesatuan juga telah meletakkan syarat kepada syarikat untuk menyetujui Artikel 4 - pengiktirafan tarikh perjanjian dari 12 Dis 2012 sebagai syarat untuk meneruskan rundingan selanjutnya. Terdapat 20 Artikel masih dalam perbincangan namun tiada sebarang keputusan bersama. 

Saya telah merujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan rundingan bersama di Ibu Pejabat Perhubungan Perusahaan diadakan pada 16 Dis 2019. 

Dalam rundingan tersebut, pihak kesatuan telah berkeras untuk mengekalkan cadangan mereka tanpa mewujudkan situasi menang-menang dalam rundingan. 

Untuk mempercepatkan proses penyelesaian, akhirnya kata putus telah dibuat untuk merujuk kepada Mahkamah Industri untuk menyelesaikan 20 Artikel yang belum mendapat keputusan bersama. 

Dalam masa yang sama, pihak kesatuan dan syarikat juga bersetuju untuk tidak membuat sebarang provokasi yang boleh menjejaskan hubungan baik dengan kesatuan dan nama baik syarikat. 

Pada 14 Febuari 2020, pukul 9.50 pagi, saya telah mendapat maklumat bahawa pihak kesatuan akan menganjurkan himpunan di hadapan syarikat Nichicon (M) Sdn Bhd. 

Saya telah memaklumkan kepada IPD Bangi dan Kajang sama ada terdapat permit daripada kesatuan untuk menganjurkan himpunan tersebut dan jawapan yang diberikan adalah tidak. 

Saya juga turut menanyakan sama ada perhimpunan tanpa permit yang akan dibuat itu adakah menyalahi undangundang. 

Jawapan yang diberikan adalah menyalahi undang-undang kerana ia boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam. Atas nasihat Balai Polis Bangi, satu laporan telah dibuat pada 15 Feb pukul 12 malam (Jumaat malam Sabtu) dan dalam laporan tersebut, polis telah menyatakan bahawa dengan jelas “Untuk makluman pihak majikan, pihak polis memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut tidak mendapat permit dan perhimpunan tersebut adalah perhimpunan haram yang menyalahi undangundang".

Dalam himpunan tersebut, di antara pukul 6.20 petang hingga 7.25 petang, terdapat lebih kurang 80 orang peserta terlibat dan lebih kurang 31 pekerja Nichicon (M) Sdn Bhd telah terlibat. 

Pihak kesatuan didapati telah menjemput pekerja-pekerja luar dari syarikat lain untuk meramaikan himpunan. Pihak kesatuan telah menunjukkan sikap tidak beradab dengan mengadakan himpunan haram tanpa permit polis dan ini mencemarkan nama baik syarikat. 

Malah pihak kesatuan juga telah melanggar persetujuan bersama bahawa dalam tempoh rujukan bersama ke Mahkamah Industri, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk tidak membuat sebarang provokasi yang menjejaskan nama baik syarikat dan 1385 pekerja. 

Pihak syarikat sangat menyesal dengan provokasi yang dibuat oleh pihak kesatuan dan kami sedang mengkaji dari aspek undang-undang untuk mengambil tindakan tatatertib kepada mana-mana pekerja yang terlibat dalam perhimpunan tersebut yang mencemarkan nama baik syarikat. 


BOKHARI MD AMIN ialah Pengurus Perhubungan Industri, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Nichicon (M) Sdn Bhd.

Tulisan ini tidak mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen