malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Isu disiplin Zuraida: Bekas pemimpin AMK dukung penuh Anwar
ADS

Kami merupakan sebahagian mantan AMK parti yang pernah memikul amanah di pelbagai peringkat AMK baik di pusat mahupun negeri dan cabang bermula semenjak awal penubuhan Pemuda PKR (AMK) kira-kira 20 tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini dan kami merupakan sahabat setia Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kami ingin menegaskan dukungan, sokongan dan kepercayaan sepenuhnya terhadap Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti dalam menangani karenah segelintir kepimpinan parti khususnya melibatkan isu disiplin dan pelanggaran etika kepimpinan Naib Presiden Keadilan Zuraida Kamaruddin.

Kami ingin menyatakan bahawa sepanjang keberadaan kami bersama parti reformasi ini, tak sedikit pemimpin pelbagai peringkat dan pangkat yang khianat dan pergi, namun parti ini masih kekal utuh berdiri sehingga kini. Bak kata pepatah pemimpin datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti.

Kami ingin menegaskan dukungan dan kepercayaan sepenuhnya terhadap Lembaga Disiplin parti menjalankan amanah mereka dalam isu disiplin Zuraida Kamaruddin.

Kami menggesa Lembaga Disiplin untuk bertindak "without fear or favour". Cukup-cukuplah tolak ansur, budi bicara dan berhikmah.

Parti ini telah melalui jalan perjuangan yang penuh ranjau dan berliku. Ujian lebih besar lagi apabila diberi kuasa dan pangkat amanah dari rakyat. Tika inilah Lembaga Disiplin perlu tegas tanpa ragu melindungi parti.

Kami juga menggesa Lembaga Disiplin dan kepimpinan parti untuk tidak tunduk dengan mana - mana ugutan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Reformasi Reformasi Reformasi.


Kenyataan ini ditandatangani hampir 90 bekas pemimpin Pemuda PKR (AMK) pusat, negeri dan cabang yang menamakan diri mereka Sahabat Anwar Ibrahim. 

Antaranya ialah dua bekas timbalan ketua AMK Fariz Musa (2007-2013) dan Khairul Anuar AHmad Zainuddin (2010-2013), bekas timbalan ketua penerangan (2014-2018) dan bekas ketua AMK Kelantan (2010-2014), Mohammad Azihan Che Seman dan bekas naib ketua AMK (2004-2007), Sharifah Shahidah.

Artikel ini pandangan kumpulan ini dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen