malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
DAP gesa Amerika tak laksanakan 'Deal of the Century'
Diterbitkan:  Jan 30, 2020 4:14 PM
Dikemaskini: 8:17 AM
ADS

DAP menggesa Amerika Syarikat agar tidak melaksanakan pelan "Deal of the Century" (DOTC) yang akan menggugat usaha yang telah dijalankan berdekad-dekad lamanya bagi mencapai perdamaian di bumi Palestin.

DOTC tersebut jelas berat sebelah kepada Israel dan telah diputuskan tanpa perbincangan dan persetujuan bersama rakyat Palestin.

Tindakan unilateral Israel-Amerika Syarikat dalam tempoh tiga tahun ini terutamanya dalam isu pengisytiharan Baitulmuqaddis (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel, penggubalan "undang-undang negara Yahudi" bercirikan apartheid dan pengumuman DOTC sememangnya adalah penindasan terhadap rakyat Palestin.

Sekiranya perkara ini berlaku, Amerika Syarikat secara langsung menidakkan usaha pelbagai pihak selama ini untuk membawa perdamaian dalam konflik Timur Tengah.

DAP menyeru agar semua pihak kembali ke meja rundingan terutamanya berdasarkan prinsip yang telah diterima semua dan mengambil kira rakyat Palestin yang merupakan suara paling penting dalam isu ini.


TEO NIE CHING ialah setiausaha antarabangsa DAP.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen