malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Ramasamy gagal faham budaya orang lain - Berjasa
ADS

Semalam Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy ‘bising’ apabila keluar satu pekeliling dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pengharaman menyertai sambutan pesta Ponggal bagi umat Islam.

Seharusnya P Ramasamy tak perlu pun nak kecoh-kecoh sebab tahun lepas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah pun mengeluarkan artikel yang mengatakan bahawa haram bagi umat Islam meraikan perayaan keagamaan bukan Muslim dan pesta Pongal pula memang terdapatnya unsur-unsur keagamaan dalam sambutannya.

Jadi selaku rakyat Malaysia yang sudah lama berasimilasi dengan masyarakat Muslim Malaysia, beliau seharusnya faham dan sedar tentang kekangan yang dialami oleh masyarakat Muslim terutamanya pelajar muslim di sekolah yang jelas tidak boleh turut serta dalam upacara keagamaan tersebut.

Beliau tidak perlu pun untuk terkejut atau nak mempersoal jika adanya larangan daripada pihak agama Islam kepada pelajar Muslim terutamanya untuk tidak menyertai acara tersebut.

P Ramasamy 

Lagi pula, kementerian pun telah keluarkan juga garis panduan kepada pelajar Muslim sekiranya perlu menyertai aktiviti yang dianggap cross-cultural ini.

Sebenarnya, apabila berlaku perkara sebegini melihatkan bahawa P Ramasamy dan sesetengah pemimpin serta ahli politik kita yang masih gagal memahami budaya dan agama masyarakat lain tetapi sebaliknya mereka yang beriya-iya mahu kita memahami budaya mereka!


AZIZAH CHE AWANG ialah ketua Wanita Berjasa.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen