malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Sekretariat TNC Hepa universiti awam sedih Maszlee letak jawatan
Diterbitkan:  Jan 3, 2020 6:23 PM
Dikemaskini: 10:24 AM
ADS

Sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor Hepa Universiti Awam

Kami semua Timbalan-Timbalan Naib Canselor Universiti Awam melahirkan rasa sedih atas peletakan jawatan YB Dr Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan Malaysia berkuat kuasa pada 3 Januari 2020.

Sesungguhnya ia adalah satu kehilangan besar buat negara.

Kami menjadi saksi, betapa sepanjang 20 bulan menjadi menteri pendidikan, beliau telah menunjukkan prestasi dan khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi untuk memajukan mutu pendidikan negara terutama dalam usaha pemerkasaan mahasiswa.

Penekanan dan sumbangan Maszlee Malik dalam memberi kebebasan mahasiswa, pembentukan kesatuan pelajar, bantuan mahasiswa B40, pengupayaan mahasiswa OKU, peningkatan kebolehpasaran graduan dan lain-lain dasar yang membina mahasiswa cukup bermakna buat negara dan rakyat Malaysia.

Kami semua berhasrat dan berjanji akan meneruskan apa yang telah Dr Maszlee Malik usahakan dengan sebaik mungkin dalam membangunkan kemenjadian mahasiswa di universiti-universiti awam Malaysia.

Kami yakin, beliau masih berupaya dan bersemangat untuk menyumbang khidmat bakti beliau kepada negara dalam bentuk yang lain selepas ini.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada mantan pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik.

Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik beliau.

Kami yakin peletakan jawatan Dr Maszlee Malik telah dibuat selepas mendapat persetujuan dari YAB perdana menteri demi kebaikan negara.

Kami juga amat bersedia untuk berkhidmat dengan sepenuh hati bersama menteri pendidikan yang baharu nanti.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen