malaysiakini logo
story-image
ADS

Janganlah hina parti dan semua ahli reformis yang telah berjuang sama. Sampai jamuan makan malam pun tak ajak kami.

Nak marah sampai merajuk hingga lupa yang diserang bukan sebarang anak Ibrahim, tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim!

Kongres dah sedia pentas untuk pemimpin dan akar umbi bersuara. Tapi sekerat jalan belum habis dah lari buat sidang media memang tak ‘gentleman’.

Malaysia ini kan negara majmuk jadi tak heranlah banyak nama pelik, lebih-lebih saya yang darah kacuk. Tapi saya lahir di Ipoh, Perak bukan Singapura.

Salah sangat ke kalau orang suka warna hitam sampai dipanggil mafia. Ini orang yang disorak kartel tu perlu ditegur.

Istilah kartel memang negatif kalau kita rujuk kamus. Sudah-sudahlah tu meroyan di media. Datang mesyuarat jimat sikit dari buat di rumah atau makan-makan di hotel.

Terima kasih.


FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL Mubarak ialah setiausaha politik Anwar Ibrahim.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen