malaysiakini logo
story-image
ADS

SURAT | Baru-baru ni tersebar luas mesej di Whatsapp yang mengatakan ada gerakan di Melaka yang direstui Presiden Umno Zahid Hamidi untuk gabungkan Bersatu (PBBM) dan Umno bagi menubuhkan kerajaan negeri Melaka yang baru.

Dakwaan ni nampak macam ada logiknya kalau dilihat kepada keadaan Bersatu yang makin hari makin hilang kekuatan dan pengaruh dalam Pakatan Harapan. 

Terbaru, letak calon di Tanjung Piai pun kalah besar.

Apa lagi pilihan Bersatu ada? Satu-satunya yang nampak paling relevan sekarang ialah mengiktiraf kekuatan Muafakat Nasional Umno (BN)-PAS.

Dan kalau tengok sehari dua ni pun, ada beberapa kenyataan Presiden Umno, Zahid Hamidi sendiri yang jelas merestui dan tiada masalah untuk terima bekas ahlinya yang dah sedar dan nak masuk Umno semula.

Kalau di Melaka, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen pun bekas orang Umno dan beliau dikatakan antara individu yang paling nak sangat kerjasama ini terjadi.

Lebih menguatkan dakwaan ni, semalam Dun Melaka menolak usul yang dikemukakan Ketua Menteri, Adly Zahari (Amanah) yang cadangkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka, Datuk Abdul Halim Bachik (orang kuat Team Anwar) sebagai Ahli Dewan Negara.

Usul ditolak selepas ketua menteri hanya dapat 12 undi menyokong berbanding 13 undi yang menolak, manakala tiga Adun tidak hadir.

Adly sendiri ketika bercakap dalam sidang media mengatakan tidak menyangka dan terkejut dengan keputusan undian ni dan beliau akan membuat bedah siasat termasuk punca dua Adun PKR yang tak hadir.

Semua orang tahu, Halim Bachik ini ialah calon Anwar Ibrahim. Jadi, apa yang berlaku semalam jelas menunjukkan bukan saja ketua menteri dah hilang pengaruh dalam kalangan Adun PH di Melaka.

Malah, ia menunjukkan kelemahan 'team' Anwar, sampaikan calon senator dia sendiri pun dah tak dapat tempat di Dewan Negara.

Persoalannya, adakah ini semua sebahagian dari perancangan Zahid untuk merestui seterusnya memastikan pentadbiran negeri Melaka kembali ke tangan Umno dan BN?

Dan adakah ini menunjukkan rancangan Azmin untuk tumbangkan Anwar Ibrahim mula nampakkan hasil? Dan persoalan lebih besar, apakah benar, kerajaan negeri Melaka akan bertukar tangan?


WAN LOKMAN WAN ANAS ialah pemerhati politik yang pernah berada dalam bekas parti pemerintah.

Tulisan ini tidak mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen