Pengiklanan

    Tg Piai: Rakyat mampu tukar k'jaan jika gagal tadbir negara

    (Dikemaskini )
    Pemuda MCA  |  Surat

    PRK yang begitu bermakna kepada setiap rakyat, Barisan Nasional, dan juga kerajaan. Setinggi-tinggi apresiasi dan jutaan terima kasih kepada warga Tanjung Piai untuk memberikan sokongan padu kepada wakil MCA, Dr Wee Jeck Seng.

    Menang majoriti 15,000 undi melambangkan sokongan terhadap Wee Jeck Seng, parti MCA dan Barisan Nasional adalah tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi, dan agama.

    Kemenangan Barisan Nasional juga melambangkan ketidakpuasan hati dan kekecewaan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang berkali-kali memutarbelitkan janji, gagal mentadbir Malaysia ke tahap yang lebih baik.

    Kemenangan kali ini memberikan iktibar kepada kerajaan kini bahawa sekiranya gagal mentadbir negara, rakyat mampu menukarkan kerajaan. Diharapkan kerajaan bawah pimpinan Pakatan Harapan tidak lagi mengabaikan suara rakyat.

    Konsep Muafakat Nasional telah mula disedari dan diterima khalayak ramai khususnya golongan pemuda supaya dapat mewujudkan tanah air yang bertunjangkan keharmonian, perpaduan, dan kesederhanaan, bukan lagi ideologi yang bermain api perkauman dalam kalangan masyarakat majmuk.

    Pihak Pemuda MCA Johor sekali lagi ingin mengucapkan tahniah atas kemenangan Wee Jeck Seng dan sokongan daripada warga Tanjung Piai. Kami berjanji akan terus melipatgandakan usaha dan menjangkau sehabis tenaga untuk menabur bakti bagi melahirkan Malaysia yang lebih harmoni, aman, dan makmur.


    Artikel ini asalnya kenyataan Pemuda MCA Johor.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih