malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Penglibatan bukan Islam dalam pemerintahan negara dibenarkan
ADS

DHPP terpanggil untuk memberikan penjelasan terhadap kekeliruan yang timbul daripada sebuah berita yang diterbitkan oleh portal Malaysiakini bertajuk, “Haram serah kuasa pada bangsa lain bukan Islam - Hadi”, bertarikh 7 Oktober 2019.

Difahamkan pihak Malaysiakini telah memetik sebahagian daripada keseluruhan artikel yang ditulis oleh Presiden PAS bertajuk “Amanat muhasabah bangsa”, dengan mengubah tajuk asal penulisan beliau dengan tujuan yang tertentu.

Perlu difahami bahawa presiden PAS telah mengulangi penegasan beliau di dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS dan ucap utama Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) bahawa: Masyarakat bukan Islam boleh dilibatkan dalam pemerintahan negara, malah boleh memegang jawatan menteri dalam bidang eksekutif mengikut kepakaran, namun tidak boleh pemerintahan negara dikuasai atau didominasi oleh kalangan bukan Islam, seperti sikap yang ditunjukkan oleh DAP pada hari ini.

Justeru DHPP menyeru semua pihak agar berhati-hati dengan sebarang pemberitaan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan perpecahan, demi memastikan keharmonian masyarakat majmuk dalam negara ini terpelihara.




N BALASUBRAMANIAM ialah ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen