malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Selamatkan perpaduan, gubal akta antidiskriminasi kaum
ADS

Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum harus mengambil langkah yang lebih proaktif dalam menangani isu diskriminasi kaum.

Isu diskriminasi kaum di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baharu, malah ia telah merebak seperti barah di dalam segenap lapisan masyarakat.

Konflik yang membabitkan diskriminasi kaum telah melingkari dalam setiap aspek kehidupan masyakat, sam aada di dalam kehidupan kejiranan, pusat pengajian, di tempat kerja, atau di tempat-tempat awam.

Perpaduan kaum adalah faktor yang penting untuk negara ini mencapai status negara maju dan ia tidak akan menjadi kenyataan jika gejala diskrimasi kaum ini tidak ditangani dengan sebaiknya.

Akta antidiskriminasi telah dilaksanakan di pelbagai negara maju seperti di Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Belanda, New Zealand, Poland, Russia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan ia wajar di pertimbangkan untuk dilaksanakan di negara ini asalkan tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

Akta antidiskriminasi kaum ini sememangnya tidak akan mampu untuk membanteras kesemua gejala diskriminasi kaum di Malaysia seperti yang diungkapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama).

Namun ia langkah ke hadapan yang boleh dilaksanakan segera untuk menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan perpaduan kaum terus terpelihara.


NA'IM BRUNDAGE ialah ketua Pemuda PKR (AMK) Wilayah Persekutuan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen