Pengiklanan

    3M jadi ikutan dan teladan

    (Dikemaskini )

    Bersatu ditubuhkan atas prinsip bercakap benar dan memperjuangkan nasib rakyat. 

    Kerana berpegang pada prinsip ini, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Dato Seri Mukhriz bersama-sama pejuang awal sanggup menggadaikan jawatan mereka dan berjuang di sisi rakyat bagi menumbangkan kerajaan terdahulu. 

    Ketokohan 3M ini menjadi ikutan dan teladan yang seterusnya mencorak budaya baru Parti Bersatu. Prinsip Melayu bersatu, beramanah dan bermaruah menjadi jati diri ahli parti.

    Maka melihat kepada keperluan semasa di mana parti masih baru dan dalam proses perkembangan, adalah amat penting tiga tokoh ini terus berada di barisan hadapan kepimpinan.

    Ketokohan 3M ini masih diperlukan bagi memberi kepercayaan kepada rakyat untuk memilih Bersatu sebagai parti yang akan memperjuangkan nasib mereka terutamanya orang melayu.

    Pengalaman urus tadbir mereka yang meluas sama ada dalam organisasi atau pentadbiran kerajaan masih diperlukan supaya perjalanan dan pengurusan parti kekal lancar.

    Maka tidak hairanlah, menjelang pemilihan Parti Bersatu, rata-rata ahli masih memberi kepercayaan kepada 3M untuk terus kekal di tampuk kepimpinan parti.

    Bagaimanapun, hak bertanding adalah hak demokrasi ahli parti. Namun, buat masa ini, bagi kelangsungan dan proses pengukuhkan parti adalah amat penting 3M kekal dikedudukan sedia ada.

    Pada masa yang sama, tokoh-tokoh baru juga perlu mula ditonjolkan oleh Bersatu sebagai contoh YB Syed Saddiq, YB Rina Harun, YB Maszlee Malik dan YB Faizal Azumu bagi melengkapkan barisan kepimpinan. Ini amat penting untuk memastikan parti Bersatu mempunyai pelapis jangka masa panjang dan kekal relevan dimata rakyat.


    ULYA AQAMAH HUSAMUDIN ialah Ketua Penerangan ARMADA Bersatu Nasional merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih