SURAT

Peguam muda sahut seruan Isma untuk berdebat

7 Jun 2019, 4:22 pagi

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Merujuk kepada tulisan Presiden Isma di Malaysiakini, saya menyahut seruan kumpulan ini yang ingin menjadi dengan cadangan mengadakan debat atau diskusi bersama mereka.

Cadangan ini adalah penting kerana rakyat Malaysia perlu mendengar pendapat yang menyeluruh berkaitan topik-topik yang tertentu dan rasanya tidak syok kalau hanya mendengar Isma dan angkatan yang sealiran fahaman dengan mereka sahaja.

Antara topik-topik yang boleh dibincangkan/didebatkan selaras dengan komitmen Isma untuk fokus kepada isu 3R (royal, religion, race) ialah:

  • Ketuanan Melayu dan Perlembagaan Persekutuan;
  • Perkara 3 dan kedudukan Islam di Malaysia;
  • Realiti kedudukan UiTM & sekolah vernakular;
  • Subjek mengenali agama-agama di Malaysia;
  • topik-topik lain yang dirasakan sesuai oleh pihak Isma sendiri.

Mungkin saya tidak setaraf untuk berdebat/berdiskusi dengan presidennya jadi eloklah kalau ada wakil pemuda Isma yang sama-sama mahu membincangkan perkara ini.

Lagipun penting juga untuk isu-isu ini dicernakan oleh generasi muda yang akan mewarisi negara kita di masa depan.

Saya juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menjadi platform utk diskusi dan debat ini diadakan. Bagi pihak saya, tiada sebarang halangan atau kekangan mahupun syarat untuk bagaimana debat ini hendak dijalankan.

Sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen menjemput pihak Isma untuk berdebat dan berdiskusi tentang hal-hal berkaitan isu semasa di negara ini untuk kemaslahatan kita bersama.

Salam Aidilfitri maaf zahir batin.


ZHARIF BADRUL ialah seorang graduan undang-undang yang telah didaftaraikan sebagai peguam cara dan peguam bela, aktivis politik, penulis novel dan berkicau ikut keperluan di Twitternya @zharifbadrul6.

Surat ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Laporan Berkaitan