malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Munajat, doa untuk Gaza sempena Ramadan yang berkat
ADS

PAS mengutuk serangan terbaru Israel ke atas Gaza yang mengorbankan nyawa kanak-kanak, wanita dan orang awam yang tidak berdosa di ambang Ramadan ini.

PAS turut berasa kesal dengan sikap dingin negara Arab yang sibuk dengan krisis dalaman sehingga tidak mempedulikan nasib saudara kita di Palestin demi menjaga keselamatan Israel dan kepentingan sendiri.

PAS telah menggerakkan usaha bantuan melalui PAS Relief dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sedang berada di perbatasan untuk menghulurkan bantuan segera, termasuk persiapan untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Dengan keberkatan bulan Ramadan, marilah kita sama-sama bermunajat dan berdoa diberikan pertolongan dan kekuatan kepada rakyat Palestin untuk menghadapi tentera Israel yang dilaknat oleh Allah SWT.


ABDUL HADI AWANG ialah presiden PAS dan anggota parlimen Marang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen