malaysiakini logo
story-image
ADS

PH perlu bermuhasabah dengan menjadikan keputusan PRK Rantau sebagai satu amaran keras daripada rakyat.

Sesungguhnya rakyat hari ini cakna dengan perkembangan mutakhir politik dan tentunya prestasi kerajaan sedang dinilai untuk akhirnya diterjemah di atas kertas undi.

Kerusi yang berkomposisi campuran sepatutnya menjadi taruhan kemenangan buat PH namun berlaku sebaliknya.

Komunikasi dan segala bentuk penyampaian maklumat kepada rakyat haruslah diperkemas supaya pencapaian kerajaan hari ini berjaya sampai ke pengetahuan umum.

Segala janji-janji yang masih belum ditunai perlu diberi penjelasan agar rakyat mengerti akan bebanan yang perlu ditanggung oleh kerajaan PH.

Justeru saya menyeru semua pendukung PH agar menerima kekalahan di Rantau dengan hati yang terbuka namun menjadikan ia permulaan untuk memenuhi aspirasi rakyat.


SYED BADLI SHAH SYED OSMAN ialah naib ketua Pemuda PKR Malaysia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen