malaysiakini logo
story-image
ADS

Dewan Pemuda Ikatan mengamati situasi terkini umat Islam di Malaysia yang rata-

ratanya meluahkan perasaan sedih dan hiba dengan pengumuman Tabung Haji.

Terbaru, pengumuman hibah sebanyak 1.25 peratus adalah hibah paling rendah yang dicatatkan dalam sejarah penubuhan Tabung Haji.

Ada juga pihak yang memberikan alasan nombor satu kenapa hibah itu rendah dengan menyalahkan kerajaan terdahulu dan Najib Razak.

Pemuda Ikatan mewakili seluruh rakyat Malaysia, menggesa kerajaan Pakatan Harapan dan menteri-menteri agar berhenti menuding jari kepada kerajaan terdahulu.

Faktanya, bagaimanakah salah kerajaan terdahulu jika hutang negara pada waktu BN memerintah adalah sekitar RM 686 bilion.

Kini setelah hampir setahun kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara, hutang negara melonjak tinggi kepada RM 740 bilion.

Hibah rendah adalah kerana kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dalam mentadbir urus

ekonomi Malaysia.

Pada zaman sebelum wujudnya Lembaga Tabung Haji, tiada institusi kewangan Islam untuk

umat Islam Malaysia mengumpul wang bagi menanggung kos perbelanjaan menunaikan haji.

Kerajaan memberikan hibah yang melebihi faedah yang diberikan oleh perbankan konvensional sebagai hadiah kepada penyimpan di Tabung Haji.

Hibah 1.25 peratus amat kecil jika dibandingkan dengan pulangan di Amanah Saham sekitar 6.00 hingga 7.00 peratus dan akaun simpanan tetap di bank sekitar 3.50 peratus.

Diharapkan institusi Tabung Haji terus gah di persada antarabangsa dan terus mendapat sokongan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia beragama Islam harus terus bertahan dengan kerenah kerajaan Pakatan Harapan.

Demi Bangsa Malaysia!


SHAHIR ADNAN ialah ketua Pemuda Ikatan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen