malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Pertikaian jawatan ketua penerangan Bersatu Bandar Tun Razak
ADS

Saya, Nik Fairul Jusoh @ Nik Othman yang menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Bahagian Bandar Tun Razak dengan nombor keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 00048643 ingin memaklumkan bahawa jawatan tersebut bukanlah disandang oleh Ahmad Bastari Muslim seperti yang didakwa dalam laporan media termasuk Malaysiakini pada 1 Jan 2019 yang lepas.

Berkenaan laporan Malaysiakini bertarikh 1 Jan 2019 yang bertajuk "Bersatu Bandar Tun Razak pertahankan ucapan mengenai kontrak", saya mendapati bahawa Ahmad Bastari Muslim yang mendakwa dirinya adalah Ketua Penerangan adalah salah dari segi etika dan beliau tidak sah dalam menjawat jawatan tersebut.

Sebaliknya, saya adalah Ketua Penerangan yang sah berdaftar dalam Bersatu Pusat dan juga dalam Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Setelah dirujuk pada kepimpinan pendaftar di peringkat wilayah, maka jawatan itu masih sah disandang oleh saya selaku Ketua Penerangan Bahagian Bandar Tun Razak seperti yang diberitahu dalam empat perkara yang membuktikan saya masih menjawat jawatan tersebut:

1) Tiada surat pemecatan saya selaku Ketua Penerangan oleh Ketua Bahagian Bandar Tun Razak.

2) Tiada surat lantikan baru dari Ketua Bahagian Bandar Tun Razak.

3) Saya menerima watikah jemputan menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 sebagai perwakilan.

4) Nama saya masih tersenarai dalam Persidangan Tahunan Bahagian Bandar Tun Razak yang terkini.

Baru-baru ini saya telah membuat satu laporan ke lembaga disiplin Bersatu bertarikh 9 Jan 2019 dan telah dihubungi oleh pihak lembaga disiplin pada jumaat yang lepas bertarikh 11 Jan 2019 untuk memproses aduan ini.

Segala bukti lengkap akan diserahkan ke pejabat Bersatu pusat seberapa segera bagi melancarkan proses aduan ini. Saya juga akan mengambil tindakan undang-undang berkenaan penyamaran beliau yang mengaku menjawat jawatan tersebut yang mungkin boleh merosakan nama dan imej saya dan juga mungkin boleh mengelirukan ahli Bersatu di Bandar Tun Razak.

Saya juga memohon pihak Malaysiakini menarik balik artikel berkenaan dan memperbetulkan status beliau dan juga status ketua penerangan yang sah.

Lihat Komen