malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Kaji semula pelantikan pengerusi PKR Pahang
ADS

PKR Paya Besar menggesa presiden melihat semula lantikan pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang diumumkan baru-baru ini.

Hal ini kerana jelas terdapat ketidakadilan dalam proses pelantikan tersebut.

Kita sedia maklum, kuasa lantikan pengerusi MPN adalah kuasa penuh presiden selepas perundingan dengan semua ketua cabang yang dipilih.

Sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip demokrasi, adalah mustahil untuk presiden tidak mengikut suara majoriti ketua-ketua cabang.

Pada pertemuan presiden bersama ketua-ketua cabang Pahang tempoh hari, secara jelas calon yang mendapat undi majoriti tidak dipilih.

Malah seramai tujuh ketua cabang menandatangani satu memorandum yang dihantar kepada presiden pada 10 Disember 2018 iaitu sebelum pertemuan bersama presiden diadakan.

Adakah berlaku pujuk rayu, ugutan atau sogokan bagi mempengaruhi sokongan ketua-ketua cabang kepada individu tertentu?

Sehubungan itu, PKR Paya Besar berpendapat perkara sebegini bukan sesuatu yang sihat untuk parti. Dan semestinya gesaan ini dibuat bagi menjaga nama baik presiden dan parti itu sendiri.


ALBAKRI SALIM ialah ketua PKR Cabang Paya Besar, Pahang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen