malaysiakini logo
story-image
ADS

Saya telah berhubung dengan Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan dan sedang mengaturkan pertemuan bagi membincangkan perkara ini. Saya yakin kerajaan hari ini tidak sama seperti kerajaan dahulu yang tidak mendengar rintihan rakyat.

Pada 5 Disember 2018 Wan Saiful Wan Jan telah mengadakan satu sidang media berkenaan dengan dasar baru pembayaran semula PTPTN.

Armada menyambut baik dalam usaha kerajaan Pakatan Harapan mencapai janji PTPTN dalam manifesto.

Berdasarkan kepada data, lebih 50 peratus daripada jumlah peminjam tidak perlu membuat pembayaran semula buat masa sekarang kerana bergaji kurang daripada RM2,000. Saya kira ini adalah satu usaha kerajaan Pakatan Harapan dalam membantu lepasan graduan untuk meneruskan kehidupan.

Sebanyak 15 peratus lagi perlu membuat pembayaran semula kurang daripada RM90 sebulan. 

Namun begitu, kadar peratusan yang tinggi dikenakan kepada mereka yang bergaji RM4,000 ke atas dan kita dapat lihat ramai antara mereka yang terbeban dek kerana komitmen bulanan yang terlalu tinggi.

Perkara ini perlu dilihat semula dan diperhalusi oleh pihak PTPTN agar bebanan rakyat dapat dikurangkan namun pada masa yang sama PTPTN mampu terus membantu untuk menyediakan pinjaman pelajaran kepada masyarakat.


ABDUL HANNAAN KHAIRY ialah anggota Exco Armada Bersatu Malaysia.

Artikel ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencermikan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen