malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Pelantikan Dr Hasnita pengiktirafan buat wanita
ADS

Pelantikan Dr Hasnita Hashim sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baru merupakan satu anjakan positif dalam rnemperkasakan penyertaan wanita dalam proses pembuat keputusan di Malaysia.

Sebagai sebuah organisasi yang mempunyai legasi pembangunan holistik (keusahawanan, pendidikan dan pelaburan), pelantikan Dr Hasnita sebagai pengerusi MARA adalah satu pengiktirafan kepada keupayaan wanita Malaysia dalam agenda pembangunan negara.

Dengan kelulusan akademik dan pengalaman yang benar-benar luas dalam bidang sains, teknologi dan kewangan, Wanita Pakatan Harapan berharap Dr Hasnita dapat membawa MARA ke mercu yang lebih tinggi, selaras dengan aspirasi Pakatan Harapan (HARAPAN) yang ingin melihat setiap agensi kerajaan ditadbir dengan amanah, berintegriti cian progresif.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau atas pelantikan ini, diharap beliau dapat rnenjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan cemerlang, demi meningkatkan bukan sahaja ekonomi Bumiputera, tetapi juga membawa kebaikkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Selamat menjalankan tugas.


ZURAIDA KAMARUDDIN merupakan ketua wanita Pakatan Harapan dan anggota parlimen Ampang.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen