malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
'Jangan keruhkan keadaan menjelang pemilihan PKR'
ADS

Mutakhir ini, beberapa perkara sedang menular di media sosial antara kenyataan-kenyataan media. Antara perkara yang hangat diperkatakan ialah pelantikan ahli majlis di Selangor.

Saya percaya terdapat beberapa kawasan yang berlaku percanggahan bagi pengagihan kerusi ahli majlis bagi PKR.

Setiap kali proses pelantikan ahli majlis diadakan, akan timbul pelbagai masalah dan sekarang pun perkara yang sama sedang hangat diutarakan.

Walaubagaimanapun, tuduhan yang tidak berasas terhadap kerajaan negeri Selangor agak mengecewakan. Kerajaan negeri yang kini dipimpin oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sedang meneruskan tradisi peduli rakyat.

Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR selama 10 tahun ini telah menjadi negeri contoh bagi kerajaan negeri yang lain.

Selain itu, PKR akan mengadakan pemilihan parti pada bulan September ini. Isu seperti peletakan jawatan oleh setiausaha Pemuda PKR Selangor juga tidak wajar pada waktu ini. PKR perlu menjadi penggerak utama dalam era Malaysia Baru ini.

Semua pimpinan Pemuda PKR perlu kuatkan ukhawah antara satu sama lain dan mengelakkan keruhan keadaan menjelang pemilihan parti.

Kita kadang-kala tidak boleh menyelesaikan semua perkara tetapi win-win situation perkara difikirkan juga. Saya percaya pihak Majlis Pimpinan Negeri Selangor telah mengambil pendapat daripada semua pihak, akan tetapi mungkin disebabkan beberapa isu yang tidak dapat dielakkan mereka perlu mengambil konsensus dari semua pihak.

Saya menggesa semua rakan seperjuangan dari kalangan Pemuda PKR untuk meneruskan agenda rakyat dan berusaha memastikan kesepakatan diutamakan seperti yang selalu diminta oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Jestin Raj Savarimuthu merupakan exco Pemuda PKR pusat.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen