malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Sokongan buat Bastien sebagai naib ketua Pemuda Umno
ADS

Bastien Onn seorang yang berpengalaman dan pernah bekerja di empat kementerian serta kerajaan Johor.

Dia juga sudah menjadi ketua pemuda pada penggal lepas dengan menang tanpa bertanding ketika Umno/BN masih menjadi kerajaan.

Jasa dan khidmatnya menyerlah semasa mengetuai Pemuda Umno Segamat.

Semoga Pemuda apat mengangkat pemimpin yang benar-benar mampu menyumbang dan mengembalikan kegemilangannya sebagai 'singa Umno'.

Bastien juga calon menarik kerana selain mempunyai sokongan Pemuda Umno Johor dia juga terlibat di peringkat pusat melalui biro-biro pemuda.

Sharil Hamdan juga merupakan calon yang bagus. Dia pernah bertanding dalam PRU14 lepas bagi kerusi parlimen Kuala Langat. Dia mempunyai sisi pandangan yang menarik.

Saya melihat kedua-dua calon mempunyai kelebihan dan merupakan aset kepada Pemuda Umno. Apa yang pasti Pemuda Umno tidak mampu untuk kehilangan kedua-duanya.

Selaku Ketua Pemuda Umno di salah satu bahagian di Kuala Lumppur, saya melihat Bastien sedang mendahului berbanding calon lain.

Mungkin kerana dia sudah berpengalaman menerajui bahagian dan pernah bekerja dalam kerajaan.

Bastien sudah pun teruji sebagai ketua pemuda bahagian dan kita lihat dia menjalankan tugasan dengan cemerlang.

Sharil pula orang muda baru yang perlu diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab sebagai exco lantikan.


MOHD AMIR ABD HALIM ialah ketua Pemuda Umno Bandar Tun Razak.

Surat ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen