malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Suara buat Putrajaya: Jangan biarkan Kelantan tertinggal
ADS

Kabinet baru kerajaan persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai sebuah pasukan yang mantap dan berkaliber untuk menguruskan negara.

Ia gabungan tokoh-tokoh yang terbukti cemerlang dari segi rekod pentadbiran dan mempunyai latar belakang yang baik.

Pelantikan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN) seperti Datuk Seri Azmin Ali dan Lim Guan Eng misalnya adalah langkah tepat berdasarkan rekod mereka memimpin kerajaan Selangor dan Pulau Pinang sebelum ini.

Begitu juga dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpengalaman lama dalam kerajaan persekutuan.

Diharapkan kabinet baru ini akan memacu ekonomi Malaysia ke arah yang lebih baik dan mantap setelah beberapa tahun negara kita berada dalam situasi menguncup.

Keyakinan pelabur asing dipercayai akan bertambah kukuh dan ekonomi dapat dipulihkan.

Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberi Keyakinan terhadap kestabilan politik tanah air.

Seterusnya kita semua rakyat Malaysia akan dapat melihat gandingan terbaik negara ini iaitu Dr Mahathir dan Anwar memacu negara ini ke landasan yang tepat.

Namun begitu untuk negeri Kelantan khasnya - yang kalah kesemua kerusi parlimen dan dewan undangan negeri - perhatian juga perlu diberikan.

Sebagai rakyat Kelantan kami tidak mahu tertinggal dalam arus perubahan kepimpinan.

Diharapkan dua kuota senator menteri penuh atau sekurang-kurangnya satu menteri dan satu timbalan menteri dapat diberikan untuk mengimbangi peranan kerajaan persekutuan di Kelantan.


MOHD SUKIRMAN MUSTAFA ialah Pengarah Komunikasi PKR Kelantan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen