malaysiakini logo
story-image
ADS

Syukur ke hadrat Allah S.W.T sekali lagi di atas rahmah dan limpah kurnia-Nya kita diberi kesempatan bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadan.

Ramadan kali ini hadir selepas gelombang perubahan melanda negara lantas memberi sinar harapan baru buat warganya.

Rebutlah peluang yang dikurniakan untuk berlumba-lumba membuat kebaikan. Lakukanlah amal ibadah penuh istiqamah agar kita dapat menyucikan jiwa lantas mendapatkan keampunan dan pembebasan dari api neraka.

Semoga diakhir bulan Ramadan yang penuh rahmah dan barakah ini kita menjadi insan yang lebih beriman lagi bertaqwa. Insan yang mengajukan kepada kebaikan dan menegakkan keadilan supaya negara ini dan rakyatnya lebih makmur dan sejahtera.

Saya ucapkan selamat menyambut Ramadan Kareem kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di serata dunia.


DATUK SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL merupakan timbalan perdana menteri Malaysia dan Presiden PKR.

Rencana ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen