malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Surat
Usah izinkan pembunuh upahan bertapak di Malaysia
ADS

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk dan mengecam pembunuhan Dr Fadi Albatsh - seorang imam warga Palestin dan pensyarah universiti swasta di Kuala Lumpur pagi ini ketika beliau berjalan menuju ke surau di kawasan kediamannya untuk solat Subuh.

Mapim menyampaikan takziah kepada keluarga almarhum dan berharap mereka bersabar menghadapi ujian berat ini.

Tembakan sebanyak 10 das ke arah Dr Fadhi seperti dilapor media, jelas menunjukkan bahawa ia adalah pembunuhan yang telah dirancang dengan rapi.

Berita mengejutkan ini sangat menyedihkan kerana Malaysia sepatutnya menjadi tempat selamat untuk warga Palestin atau mana-mana pelarian akibat konflik di negara asal mereka.

Insiden membunuh secara terbuka di kawasan awam oleh pembunuh upahan kini nampaknya menjadi gejala yang tidak asing di Malaysia.

Kejadian pembunuhan sebegini menandakan jenayah bersindiket untuk menyasarkan seseorang mangsa semakin bertapak di negara kita yang selama ini dianggap aman dan boleh menjadi tempat perlindungan untuk warga Palestin dan warga lain.

Pembunuhan warga Korea dulu juga menunjukkan adanya percubaan menjadikan Malaysia tempat melancarkan operasi jenayah bersindiket.

Pembunuh upahan yang beroperasi di Malaysia bukan suatu yang asing lagi.

Kami mengesa pihak polis menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan penjenayah dan pihak yang mendalangi pembunuhan ini.

Pembunuhan warga Palestin kini telah berlaku di beberapa negara yang melibatkan operasi perisik Mossad Israel.

Kami mengesa siasatan ini dilaksanakan segera untuk membongkar motif pembunuhan tersebut .

Malaysia tidak boleh dibiar menjadi tapak sindiket pembunuhan secara upahan.


MOHD AZMI ABDUL HAMID ialah presiden MAPIM.

Rencana ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen