malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Tahun anjing ingatkan kita perlu pemimpin berintegriti
ADS

Bagi pihak kerajaan negeri Selangor, saya ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di Malaysia. Gou nian ji xiang, xin nian kuai le!

Tahun Baru Cina adalah perayaan tradisional yang cukup penting bagi masyarakat Cina.

Ia menandakan berakhirnya musim sejuk dan hadirnya musim bunga, sekali gus membangkitkan harapan untuk tahun baru yang bakal menjelma.

Peluang untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan.

Festival ini adalah peluang untuk mengukuhkan persahabatan dan rasa harmoni dalam kalangan semua etnik di Malaysia.

Kita meraikan Tahun Anjing kali ini dengan harapan baru, teguh dan yakin bahawa kualiti kesetiaan, kejujuran, kebertanggungjawaban, keberanian dan komitmen akan berkekalan.

Anjing juga mengingatkan kita bahawa Malaysia benar-benar memerlukan pemimpin berintegriti dan mampu untuk melindungi masa depan rakyat dan negara.

Kita harus mempunyai keberanian menolak pemimpin yang mengabaikan keperluan rakyat.

Dalam usaha mewujudkan perubahan yang diinginkan, kita mesti komited dalam perjuangan untuk membina Malaysia baru.

Peranan masyarakat Cina dalam memacu ekonomi negara adalah faktor positif yang harus digunakan.

Bekerja bersama dalam konteks Selangor adalah bekerja bersama dengan kerajaan negeri, dan faktor ini sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin, supaya kekayaan negeri dapat diagihkan dengan lebih saksama.

Marilah kita menyambut Tahun Anjing dengan keberanian dan keteguhan.

Saya yakin bahawa cahaya keadilan dan harapan akan memberi kehidupan yang lebih baik untuk rakyat kita dan masa depan negara.


DATUK SERI MOHAMED AZMIN ALI adalah menteri besar Selangor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen