malaysiakini logo
story-image
ADS

Setelah PAS mengumumkan akan meletakkan calon di Permatang Pauh maka terang lagi bersuluh hasrat PAS untuk membantu Umno, BN menawan Permatang Pauh.

Seperti mana kenyataan Pengerusi Majlis Perundingan Negeri PKR Datuk Dr Mansor Othman mengalu-alukan tindakan PAS itu, Pemuda AMANAH Permatang Pauh dalam keadaan siap siaga menanti PAS bertanding di Permatang Pauh atas maksud bersekongkol dan menjadi tongkat kezaliman Umno, BN terhadap rakyat.

Perlu diingatkan pilihan raya umum kali ini adalah pertembungan di antara dua gergasi Pakatan Harapan vs Barisan Nasional.

PAS akan menerima nasib yang paling malang dalam sejarah politik mereka kali ini apabila tersepit ditengah, dipijak dan dilatu akibat pertembungan ini.

Sila oi, sila. Kami Pemuda Pakatan Harapan Permatang Pauh mendokong aspirasi pimpinan kami dan akan memastikan Permatang Pauh menang bergaya pilihan raya umum kali ini.

 


 

Mohd Farid Ismail merupakan Ketua Pemuda AMANAH Permatang Pauh.

Lihat Komen