Bina Israel di Amerika Syarikat


(Dikemaskini )

Amerika Syarikat sepatutnya menawarkan mana-mana tanah dalam negaranya sendiri untuk dijadikan negara buat rakyat Isreal yang mereka sayangi buat sekian lama.

Buat sekian lama, Amerika Syarikat telah menyatakan dengan tegas bahawa Israel ialah sekutu kuat mereka dan tiada apa-apa perkara yang boleh menggugat serta memutuskan hubungan akrab diantara Amerika Syarikat dan Israel yang terbina semenjak tertubuhnya Israel pada tahun 1948.

Amerika Syarikat juga telah banyak kali berjanji untuk melindungi kepentingan dan keselamatan Israel buat selama-lamanya.

Kata-kata Amerika Syarikat ini juga disokong melalui banyak tindakkan khususnya melalui pengunaan kuasa veto mereka terhadap mana-mana resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dilihat menentang atau tidak berpihak kepada sekutu kuat mereka, Israel.

Semenjak kali pertama mengunakan kuasa veto mereka terhadap resolusi PBB yang menentang Israel pada tahun 1970, sebanyak 42 kuasa veto telah digunakan oleh Amerika Syarikat terhadap sebarang resolusi yang menyentuh kepentingan sekutu rapat mereka iaitu Israel.

Pada minggu yang lalu, Amerika Syarikat telah mengunakan kuasa veto mereka buat kali ke 43 terhadap resolusi PBB yang menentang tindakan secara satu pihak Presiden Trump yang mengisytihar bandaraya Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel.

Buat sekian lama juga, Amerika Syarikat telah menyalurkan bantuan kewangan yang besar terhadap Israel.

Memandangkan Amerika Syarikat mempunyai hubungan akrab yang luar biasa dengan Israel, mereka sewajarnya juga menawarkan mana-mana tanah yang difikirkan sesuai di dalam Amerika Syarikat sendiri untuk rakyat Israel mewujudkan negara mereka bagi mengukuhkan hubungan akrab luar biasa terbabit.

Oleh yang demikian, ia akan menyelesaikan konflik berbangkit yang melibatkan masyarakat Palestin serta segala isu yang berlaku di Timur Tengah buat sekian lama.

 


 

DR MUZAFFAR SYAH MALLOW ialah pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang–Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Artikel ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.




Pengiklanan