malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Hentikan penjualan rokok di pasar raya, kedai runcit
ADS

Sebarang cadangan untuk melarang penjualan arak beralkohol tinggi di pasar raya dan kedai runcit dalam negara kita patut juga meliputi larangan penjualan rokok.

Agak sedih melihat segelintir masyarakat kita yang tidak segan silu untuk merokok secara terbuka.

Lebih menyedihkan lagi kegiatan merokok ini kelihatan dilihat semakin menular dikalangan golongan belia dan remaja dalam negara kita.

Dalam kita memperjuangkan segala perkara yang jelas haram disisi agama Islam, kita juga tidak harus lupa untuk memperjuangkan isu rokok yang telah lama diharamkan dalam negara kita oleh pihak Jawatankuasa Fatwa.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan isu mengenai hukum merokok dan memutuskan bahawa "merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan".

Fatwa terbabit jelas menunjukkan bahawa fatwa pengharaman rokok telah lama dikeluarkan oleh majlis tersebut iaitu sudah lebih 20 tahun dan ia masih kekal sehingga sekarang.

Namun, ibarat mencurah air di daun keladi masih ada dalam masyarakat kita yang dilihat masih merokok.

Adalah penting untuk semua pihak khususnya umat Islam untuk patuhi fatwa pengharaman rokok yang telah dikeluarkan.

Oleh itu, adalah juga ingin dicadangkan supaya rokok juga tidak lagi dijual di mana - mana tempat terbuka seperti kedai-kedai runcit serta pasar terbuka di seluruh negara kita.

Merokok bukan sahaja boleh memudaratkan diri sendiri malah turut boleh memudaratkan orang sekeliling yang terpaksa menyirup bau asap rokok terbabit.

Lihat Komen