malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Surat
Baitulmaqdis: Apa yang mampu Malaysia lakukan
ADS

Malaysia melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah menyatakan bantahan keras terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Namun AS tetap belum berganjak daripada pendirian sepihak itu.

Ia meranapkan proses perdamaian Palestin-Israel dan bakal menggugat kestabilan politk Asia Barat dan mungkin juga dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil peluang yang ada untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin.

Ia dengan membatalkan rancangan negara melabur hampir RM60 bilion ke dalam ekonomi AS untuk lima tahun akan datang, seperti yang diumum Najib di White House 12 September lalu.

Ini termasuklah RM42 bilion untuk membeli kapal terbang Boeing, RM16.8 bilion pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dan meningkatkan pelaburan Khazanah.

Ia bukanlah satu jumlah kecil, lebih-legi apabila melibatkan wang rakyat Malaysia.

Mengapa Malaysia membantah pendirian AS verje

RM60 bilion bukanlah satu jumlah kecil, lebih-lebih lagi apabila ianya merupakan wang rakyat Malaysia.

Mengapa Malaysia membantah pendirian AS tentang Baitulmaqdis tetapi tetap mahu melaburkan berbilion wang rakyat Malaysia ke dalam ekonomi AS?

Bukankah ia satu pendirian hipokrit?

Namun dalam isu ekonomi dan geopolitik, negara mampu memilih untuk tidak melabur sebagai tanda bantahan. Negara boleh memilih untuk melabur di negara yang berbeza pendirian dengan AS dalam isu ini.

Misal jika memerlukan kapal terbang untuk MAS, ada pilihan seperti Airbus (Perancis) atau Bombarider (Kanada) dan bukannya Boeing (AS).

Kedua-dua negara itu enggan mengakui Baitulmaqdis selak ibu negara baru Israel.

Umno BN perlu konsisten. Jangan berhimpun di depan Kedutaan AS tetapi pada sama bertandang ke White House membawa pelaburan.

Kenapa kita beria-ia sangat ingin mengukuhan ekonomi AS, sedangkan negara itu langsung tidak membantu mengukuhkan masa d

Kenapa kita beria-ia sangat nak bantu kukuhkan ekonomi AS, bila AS langsung tak bantu kukuhkan masa depan rakyat Palestin?


Fahmi Fadzil ialah pengarah komunikasi PKR.

Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 

Lihat Komen