malaysiakini logo
story-image
ADS

Kerja-kerja pembaikan kebocoran di jajaran paip utama bersaiz 600mm berhampiran Stesen Bas KTM Sungai Buloh telah siap dilaksanakan pada jam 5.30 pagi hari ini (31 Oktober 2017) dan bekalan air ke kawasan-kawasan terlibat telah pulih sepenuhnya.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan terlibat dan komuniti di atas kerjasama dan kesabaran sepanjang kerja-kerja pembaikan ini.

Kerja-kerja pembaikan kecemasan ini dijalankan untuk memastikan bekalan air yang berterusan kepada semua pelanggan kami.

Untuk maklumat mengenai perkhidmatan air kami, sila rujuk www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas”.

Lihat Komen