malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Zambry, lapangan terbang UMAT dah berapa peratus?
Diterbitkan:  Jul 25, 2017 12:26 PM
Dikemaskini: 4:28 AM
ADS

Pemuda AMANAH negeri Perak menyokong usaha kerajaan negeri sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tentang cadangan pembangunan Terminal Lapangan Terbang Utara (UMAT) sepertimana dalam ringkasan eksekutif draf rancangan tempatan daerah Kerian 2020.

Akan tetapi, selain cadangan yang dilontarkan serta perancangan yang disusun, persoalan timbul adakah kerajaan persekutuan bersetuju untuk meluluskan projek ini berdasarkan keutamaan dan juga kepentingan untuk kerajaan negeri khasnya.

Bilakah ia benar-benar akan dapat direalisasikan sepenuhnya dan juga akan siapnya projek tersebut?

Untuk rekod, UMAT telah dicadangkan semenjak pada tahun 2010 lagi yang dicanang di Lembah Bariah, Bagan Serai.

Bukan ramai lupa bahawa terdapat satu lagi projek baharu lapangan terbang antarabangsa di Kulim Bandar Baharu yang begitu hampir dan tidak sampai 100 kilometer ataupun lebih kurang sejam perjalanan sahaja.

Pemuda AMANAH Perak lontarkan persoalan khas buat Zambry, sehingga kini berapa peratuskah kejayaan cadangan semenjak tahun 2010 tersebut sehingga sekarang ini?

Zambry, yakinkah bahawa kerajaan persekutuan akan menerima cadangan draf rancangan tersebut atau ia bakal ‘dibangkulsampahkan' selepas berlalunya tahun 2020 nanti?


HASNUL ZULKARNAIN ketua pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak.

Artikel ini pendapat peribadi penulis dan organisasinya dan tidak mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen