malaysiakini logo
story-image
ADS

Srikandi PKR hari ini mengutuk perbuatan dangkal Datuk Seri Jamal Md Yunos seperti yang tersebar.

Jamal yang terkenal dengan perilaku-perilaku jijik tanpa segan silu terus membuktikan beliau adalah pemimpin Umno yang tidak pernah matang dalam arena politik negara.

Menjadikan presiden PKR sebagai sasaran terbarunya dengan memberikan sindiran yang bagi saya biadab perlu dihentikan.

Jamal ialah lambang ketandusan pimpinan yang berwibawa dan berprinsip dalam Umno.

Ini juga membuktikan dalam Umno politik matang bukanlah keutamaan sehinggakan Umno langsung tidak melihat perilaku Jamal ini sebagai perkara yang perlu diperbetulkan.

Membiarkan Jamal terus menjadi badut Umno dengan tindakan-tindakan yang jijik ini harus menjadi isyarat jelas kepada rakyat bahawa pemimpin sebegini yang ada dalam Umno wajib ditolak agar ia tidak menjadi contoh buat golongan muda.


SENATOR SITI AISHAH SHAIK ISMAIL ketua Srikandi PKR.

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen