Banyak lagi cara didik masyarakat


(Dikemaskini )

Amat menyedihkan sekiranya aspek hukuman sentiasa diberi keutamaan sebagai asas mendidik masyarakat daripada menjebakkan diri dengan kegiatan tidak bermoral atau jenayah.

Banyak lagi langkah-langkah lain yang boleh diambil bagi mencegah masyarakat daripada masalah itu.

Antara langkah yang sepatutnya diberi perhatian ialah melalui pemantapan aspek pendidikan bagi melahirkan kesedaran orang ramai.

Orang ramai khususnya generasi muda perlu didik sepanjang masa mengenai bahaya yang boleh menimpa diri mereka sekiranya mereka terjebak dalam kegiatan jenayah serta kesan perbuatan buruk mereka terhadap keluarga sendiri serta orang sekeliling.

Tiada manusia yang tidak akan melakukan kesalahan sepanjang hidup mereka. Banyak juga kesalahan yang dilakukan ini akibat kurang aspek pendidikan serta pemahaman mengenai sesuatu perkara.

Takkanlah setiap kesalahan dan kesilapan yang dilakukan perlu dihukum dengan pelbagai jenis hukuman yang ada serta yang bakal diperkenalkan.

Apa asas yang mengatakan dengan hukuman dapat mengekang sesorang itu daripada melakukan kegiatan jenayah?

Dan yang paling penting adakah seseorang itu takut kelak untuk untuk melakukan kegiatan tidak bermoral atau jenayah disebabkan hanya takutkan hukuman atau sebab mereka faham akibat buruk tindakkan mereka.

Segala persoalan ini perlu dilihat dan dinilai dengan teliti. Tidak salah sekiranya kita ingin mengunakan hukuman untuk membendung kegiatan jenayah.

Namun begitu, yang paling penting ialah dengan memberi fokus terhadap aspek pendidikan bagi melahirkan kesedaran dan pemahaman dikalangan orang ramai.


DR MUZAFFAR SYAH MALLOW pensyarah kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Share