Ribuan rumah boleh dibina degan berlian isteri MO1


(Dikemaskini )

Umum mengetahui bahawa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat telah mula memfailkan buat kali ketiga saman "civil forfeiture" di bawah tindakan 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative' untuk menyita dan merampas serta melucut beberapa aset tambahan kepada saman yang dibuat oleh DOJ pada 20 Julai 2016 yang disyaki hasil daripada penyelewengan dan pengubahan wang haram berkaitan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Baru-baru ini DOJ sekali lagi tangkas dan berani mengumumkan pelbagai fakta yang cukup menakutkan hasil daripada penyelewangan dana rakyat yakni 1MDB.

Secara kasar laporan itu telah menyebut AS$4.5 billion telah diseleweng dan yang lebih mengejutkan lagi adalah seutas rantai berloket berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta (RM122 juta) dan 27 barang kemas bernilai AS$ 1.3 juta (RM6 juta)

Bayangkan dengan nilai barangan maha mewah isteri MO1 yang bernilai RM128 juta itu, kerajaan yang bersih seperti di negeri Selangor dan Pulau Pinang melalui Selangorku dan Program Perumahan Awam dan Mampu Milik pasti boleh membina lebih 1,000 buah rumah mampu milik untuk rakyat, tanpa sebarang komisen tambahan.

Itupun baru sahaja seutas ratai berloket berlian merah jambu, tidak masuk lagi AS$4.5 billion (RM19.8 billion) wang yang disyaki telah diselewengkan dari 1MDB dan dengan nilai sebanyak itu, kerajaan boleh bina lebih 132 ribu buah rumah.

Tapi malangnya, wang yang sepatutnya disalurkan untuk kepentingan rakyat mengalir dan menghiasi tubuh badan isteri MO1.

Segala masalah penyelewangan wang rakyat sejak dahulu lagi membuktikan bahawa, sekiranya kerajaan bersih dan bebas rasuah, pasti dana yang ada pada hari ini adalah cukup dan tidak logik untuk sebuah kerajaan yang bersih mengutip cukai GST daripada rakyat.


MOHD AMMAR ATAN adalah pengerusi,Jawatankuasa Perumahan Pemuda AMANAH

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Share