Kenapa MB dan exco Johor takut isytihar harta?


(Dikemaskini )

Baru-baru ini, bekas exco kerajaan negeri, Datuk Abd Latif Bandi bersama seorang perunding hartanah telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen terhadap 33 pertuduhan membabitkan rasuah bernilai RM30.3 juta.

Tuduhan tersebut adalah tersangat berat dan kerajaan negeri Johor khususnya menteri besar Johor perlu berani untuk bertanggungjawab dan bersihkan nama baik negeri Johor yang telah tercalar.

Sejak awal lagi, saya dan rakan-rakan Pakatan Harapan telah secara konsisten mendesak agar pentadbiran kerajaan negeri Johor perlu bertanggungjawab terhadap perkara yang telah berlaku yang jelas telah mengkhianati amanah rakyat.

Mereka perlu bertanggungjawab dengan memastikan amalan pengisytiharan harta perlu dilakukan d ibawah Akta Berkanun 1961 bagi memastikan kerajaan negeri yang dipilih rakyat Johor benar-benar bebas rasuah dan adil kepada semua.

Tragedi yang berlaku berhubung rasuah dan penyelewengan kuasa tanah Johor adalah suatu amaran daripada Allah subhanahu wa ta'ala agar kita perlu sentiasa amanah dan jujur terhadap amanah rakyat yang perlu dijaga dan dipelihara.

Justeru, saya menyeru agar MB Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjadi contoh kepada semua kakitangan-kaitangan pentadbiran negeri dan seterusnya diikuti exco-exco negeri Johor. Ini bukan untuk saya, tetapi untuk rakyat Johor tercinta.


Salahuddin Ayub adalah Timbalan Presiden AMANAH.

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Artikel berkaitan

Share