Tahniah mufti Wilayah dan Pulau Pinang


(Dikemaskini )

Menjemput rakan-rakan kita yang bukan Islam untuk berbuka puasa bersama dalam bulan Ramadan adalah usaha yang baik.

Kita menjemput mereka kerana mereka adalah rakan kita dan dengan harapan agar pemahaman dan tanggapan yang negatif terhadap Islam itu dapat dijernihkan dan akhirnya perhubungan baik sesama manusia dapat dibina dengan keberkatan bulan mulia ini.

Usaha sedikit ini Insya-Allah akan memberi sedikit kefahaman dan mewujudkan ikatan persaudaraan.

Saya memuji tindakan Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Sahibus Samahah Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti Pulau Pinang yang secara jelas bersama-sama menunjukkan akhlak yang baik dengan berbuka puasa bersama rakan-rakan dari pimpinan agama yang berbeza.

Inilah akhlak Islam yang seharusnya menjadi contoh.

Saya menyeru agar jadikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini sebagai peluang untuk kita perhebatkan lagi hubungan kita dengan Allah dan juga sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.


DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA anggota parlimen Parit Buntar merangkap naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Share